
Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam senantiasa tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam ,Keluarga Nya,Sahabat Sahabat Nya yang Beriman ,yang tiada Nabi setelahnya.

IBU DI BUNUH .BILA MANUSIA PERANGAI TERUK DARI BINATANG .
SANGGUP BUAT APA SAHAJA .
MASYA-ALLAH .SUBHANALLAH .
AL-FATIHAH UNTUK IBU ,SEMOGA ALLAH MENGRAHMATI MU .AMIN YA ALLAH YA ROBBAL'ALAMIN .
Mati dibunuh sebelum sempat rai Hari Ibu
JITRA 11 Mei - Rancangan untuk meraikan Hari Ibu bertukar menjadi majlis tahlil apabila ibu Mat Ariff Abu Bakar, 40, ditemui mati dibunuh di rumahnya di Taman Berlian, di sini hari ini.
Mengikut perancangan, Mat Ariff dan empat lagi adik beradiknya mahu meraikan ibu mereka, Che Bashah Che Ahmad , 75, pada malam ini sempena Hari Ibu.
Menurut Mat Ariff, kira-kira pukul 3 petang dia lalu di hadapan rumah ibunya untuk ke rumah rakannya di Taman Bersatu di sini.
"Bagaimanapun, saya mendapati pintu rumah emak saya terbuka tetapi pintu pagar pula dalam keadaan berkunci.
"Saya berpatah balik kerana selalunya emak akan memastikan semua pintu sentiasa berkunci," katanya yang merupakan seorang guru.
Tambahnya, sebaik dia masuk ke dalam rumah dia mendapati ibunya terbaring di atas kerusi rotan dalam keadaan tidak lagi bernyawa.sambil melihat perut ibu ketika itu , saya terkejut kerana menemui pisau berada di atas perut ibu dalam keadaan berlumuran darah.
"Saya terus mencium emak .
"Tanpa berlengah saya segera menghubungi pihak polis dan ahli keluarga untuk memaklumkan kejadian ini," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Kedah Assisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya percaya mangsa mengenali suspek kerana tidak terdapat kesan rumah tersebut dipecah masuk.
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah dicekik sebelum ditikam kerana terdapat kesan lebam di lehernya dan barang kemas milik mangsa seperti rantai dan gelang juga hilang," katanya.
DOA KAMI SEMOGA ROH MU DI CUCURI RAHMAT ILAHI WAHAI IBI .
AL - FATIHAH .
AMIN YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA ROBBAL'ALAMIN .


Tidak ada komentar:
Posting Komentar